YB Abang Abidin giat santuni mangsa banjir

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: ADUN Sungai Bakap, Abidin Ismail atau Abang Abidin, bersama Skuad Prihatin Pusat Khidmat Sungai Bakap meluang masa melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Dewan Serba Guna, Sungai Bakap, di sini semalam.

- Advertisement -

Menurut Abang Abidin, PPS itu menempat enam keluarga dari kawasan berhampiran yang terkesan dengan kejadian banjir akibat hujan lebat sejak awal pagi kelmarin.

“Ketika lawatan itu, saya sampaikan sedikit sumbangan untuk meringankan beban mereka,” maklumnya yang memikul tanggungjawab wakil rakyat sejak Jun lalu.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kerana menyediakan kemudahan untuk mangsa banjir.

“Semoga semua mangsa banjir terus tabah dan bersabar dengan ujian yang dihadapi,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau turut turun padang meninjau perkembangan banjir yang berlaku di beberapa buah kampung, antaranya Kampung Sungai Kechil, Kampung Besar, Kampung Sungai Buaya dan Kampung Sungai Duri.

Berikutan hujan lebat sejak pagi kelmarin telah menyebabkan air sungai dan parit mula melimpah.

Justeru beliau menasihatkan para penduduk agar bersiap siaga dan berwaspada sentiasa sepanjang tempoh musim hujan ini. – HARAKAHDAILY 19/9/2024

- Advertisement -