Syabas Juara Dunia Boling Padang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua-dua atlet boling padang, Izzat Shameer Dzulkeple dan Nor Farah Ain Abdullah yang muncul sebagai Juara Dunia Boling Padang Dunia.

“Tahniah dan syabas diucapkan buat Izzat Syameer Dzulkeple yang meraih kedudukan nombor satu dunia dan Nor Farah Ain Abdullah mendapat kedudukan nombor dua dunia dalam sukan Boling Padang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

- Advertisement -

Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan https://worldbowlsseries.com/male-rankings/, Izzat berada dalam kelompok tiga terbaik dunia selepas naik satu anak tangga ke kedudukan nombor satu dunia.

Dalam pada itu, atlet kelahiran Perak itu juga telah menduduki tempat pertama di atas pencabar Scotland, Stewart Anderson dan atlet Australia Aron Sheriff di kedudukan ketiga.

Sementara itu pula, Farah Ain yang muncul sebagai juara di Kejohanan Dunia dalam Dewan 2024 di Guernsey turut memperbaharui ranking dunianya apabila kini berada di tangga kedua di belakang atlet Australia, Kelsey Cottrell dan Tyala Bruce dari New Zealand di tangga ketiga dunia. – HARAKAHDAILY 17/9/2024

- Advertisement -