Tuan Guru Hashim nukil buku ‘Batu Buat Ababil’

- Advertisement -

TEMERLOH: Buku ‘Batu Buat Ababil’ yang dinukil oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin bersama Tuan Guru Ahmad Ali menekankan kepentingan kefahaman mendalam dalam memperjuangkan isu Palestin.

Buku ini mencerminkan keprihatinan terhadap konflik yang berlarutan dan mengingatkan bahawa perjuangan untuk Palestin tidak boleh hanya berlandaskan semangat semata-mata.

Dengan 53 muka surat, buku ini dibahagikan kepada dua bahagian utama.

- Advertisement -

Bahagian pertama mengisahkan Sejarah Pengkhianatan Yahudi, sementara bahagian kedua mengupas isu semasa hubungan dunia Islam dengan Israel.

Buku ini juga dilengkapi dengan infografik menarik yang bertujuan untuk membantu pembaca memahami isu-isu yang dibentangkan dengan lebih jelas dan berkesan.

Menurut penulis, kesedaran terhadap isu Palestin perlu sentiasa dipertingkatkan.

Mereka menekankan bahawa perjuangan ini harus didorong oleh pemahaman mendalam agar usaha pembebasan Palestin dapat dilakukan dengan strategi yang lebih efektif dan berkekalan.

Para perwakilan dan orang ramai boleh mendapatkan buku tersebut di gerai pameran Pustaka Permata Ummah sempena Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Kompleks Al Makmur, di sini. – HARAKAHDAILY 15/9/2024

- Advertisement -