
JERANTUT: Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) kali ke-63 memperkukuhkan temanya dengan ‘Kesatuan Asas Kekuatan’.
Mengangkat tema yang baru ini adalah satu kesinambungan temanya Muktamar DUPP yang lepas iaitu ‘Ulama Peneraju Penyelesaian Islam’.
Seawal 7.30 pagi di mana para perwakilan telah memenuhi pekarangan Kompleks Imam As-Syafie, di sini di samping ketibaan Setiausaha DUPP, Nushi Mahfodz.
Sementara itu, pertambahan kawasan DUPP sebanyak 150 kawasan membuatkan kehadiran pada hari ini seramai 600 orang yang akan memenuhi ruang muktamar kali ini.
Perbahasan ucaptama yang akan bermula pada 11.30 pagi yang diketuai oleh wakil pembahasan DUPP daripada Wilayah Persekutuan dan diikuti empat negeri yang akan dketengahkan isu sekitar tahun ini dan tahun lepas. – HARAKAHDAILY 13/9/2024











