Bekas pelumba GP negara, Elly Idzlianizar meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas pelumba GP yang pernah membawa nama malaysia ke peringkat Asia dan Antarabangsa, Elly Idzlianizar Ismail, 40, meninggal dunia.

Berita yang mengejutkan dalam arena suka pemotoran tanah air telah dikongsikan adik AllaHyarhamah, Elly IdzliaIkmal menerusi laman sosial miliknya.

- Advertisement -

“Selamat jalan abang ku #16. Semoga tenang di negeri abadi abang sayangku. Moga ditempatkan di syurga. Tunggu kami di sana abang. Nanti kita jumpa di sana abang,” kongsi Elly Idzliaikmal.

Allahyarhamah yang dikenali sebagai pelumba berbakat besar telah berjaya menjulang dalam beberapa kejuaraan di arena perlumbaan tempatan Cub Prix bersama  pelbagai pengeluar antaranya Yamaha, Honda dan Suzuki.

Sementara itu juga, Allahyarhamah turut terpilih menyertai program pencarian pelumba ‘wildcard’ negara untuk beraksi di Grand Prix Malaysia pada tahun 2009.

Selain itu, Allahyarhamah terpilih untuk menyertai program berkenaan bersama Zulfahmi Khairuddin dalam kelas 125cc bersama pasukan Air Asia. – HARAKAHDAILY 12/9/2024

- Advertisement -