Program khas ibu bapa miliki anak autisme

Rohani Ibrahim
- Advertisement -

KOTA BHARU: Ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme berpeluang mengikuti program pemantapan pengendalian anak-anak autisme pada 8 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Rohani Ibrahim berkata, program terbabit dianjur Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan dengan kerjasama Persatuan Autisme Universiti Sains Malaysia (USM).

- Advertisement -

Katanya, program itu dianjurkan bertujuan memberi panduan dan sokongan secara komprehensif kepada ibu bapa dan penjaga anak-anak berkenaan.

“Program terbabit bagi membantu ibu bapa termasuk penjaga supaya memperolehi ilmu bagaimana untuk menjaga anak-anak autisme.

“Memang diakui agak sukar ibu bapa atau penjaga untuk mengawal anak-anak autisme. Kita sering mendengar keluhan keluarga yang mempunyai anak-anak terbabit,” katanya di sini.

Program berkenaan akan dianjurkan di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu bermula jam 8 pagi.

Pendaftaran adalah hanya terbuka kepada ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak autisme sahaja. Yuran penyertaan hanya RM10.

Bayaran yuran boleh disalurkan melalui RHB Bank nombor akaun 20305360034959 atas nama Persatuan Autisme USM. – HARAKAHDAILY 11/9/2024

- Advertisement -