
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tiga negeri sehingga jam 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataanya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu Johor iaitu di kawasan Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Selain itu, kawasan di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).
“Sementara itu, seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan turut dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang),” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.
Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/9/2024











