Raja Petra Kamarudin meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengendali laman Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, 74, meninggal dunia di United Kingdom (UK).

Perkara itu dimaklumkan oleh Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin, pagi ini.

“Dengan rasa amat dukacita, saya memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin baru sahaja meninggal dunia pada jam 11.26 malam waktu UK pada hari Isnin 9 Sept di Manchester, UK.

- Advertisement -

“Semoga Allah SWT menempatkan beliau dalam kalangan para syuhada dan para solihin,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Beliau dilahirkan di London pada 27 September 1950 ini telah mendapat pendidikan di Sekolah Alice Smith.

Menjelang umur 13 tahun pula beliau telah melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, dan melengkapkan pendidikannya di Victoria Institution.

Pada 14 April 1973, pada usia 23 tahun, beliau telah berkahwin dengan penerbit buku, Marina Lee Abdullah dan dikurniakan lima orang cahaya mata. – HARAKAHDAILY 10/9/2024

- Advertisement -