Apa disuara Teresa diyakini pendirian DAP

Mohamad Kamal Mohamed
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kenyataan tidak tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan polemik isu sijil halal dibangkit Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sudah dijangka.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed berkata, Perdana Menteri hanya menyebut sebagai bukan pendirian Pakatan Harapan (PH).

“Kita sudah menjangka akan ada pembelaan sama ada Perdana Menteri atau pun pemimpin kerajaan Madani terhadap isu tersebut.

- Advertisement -

“Sedangkan apa yang disuara Teresa Kok kita percaya dan yakin mewakili pendirian DAP.

“Kenyataan tidak tegas Perdana Menteri sekadar cuba meredakan tekanan rakyat berkaitan sijil halal,” katanya di sini.

Semalam Pemuda PAS Kelantan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu di Pengkalan Chepa berkaitan kenyataan Naib Presiden DAP terbabit.

Laporan serupa dibuat Pemuda PAS Gua Musang, Pemuda PAS Jeli dan Pasir Mas. Ketua Pemuda PAS Malaysia Afnan Hamimi Taib Azamudden turut membuat laporan polis terhadap pemimpin DAP terbabit.

Pada kenyataan sebelum ini Teresa Kok menyifatkan cadangan restoran memiliki sijil halal hanya menambah kesukaran operasi perniagaan kecil.

Ahli Parlimen Seputih juga dibela Setiausaha Agung DAP Anthony Loke apabila dilapor menyebut isu sijil halal dibangkit Teresa tidak harus dipolemik.

Mohamad Kamal juga berkata, kenyataan yang menyentuh isu 3R perlu diambil tindakan lebih tegas dan dilakukan pendakwaan segera seperti dikenakan terhadap pemimpin pembangkang. – HARAKAHDAILY 9/9/2024

- Advertisement -