Jahatnya Bani Israel, pembunuh para nabi

- Advertisement -

LAMA Nabi Ibrahim berdakwah. Kisahnya panjang diceritakan bermula daripada seorang isteri, tidak memperoleh anak, kemudian berkahwin lain dan memperoleh anak, dari sinilah lahirnya Nabi Ismail dan kemudiannya Nabi Ishak dan Yaakub.

Daripada Nabi Yaakub, lahirlah 12 orang anak. Antaranya ialah Nabi Yusuf dan Bunyamin yang lahir daripada ibu yang sama.

Nabi Yaakub mempunyai dua orang isteri. Gelaran Bani Israel datang daripadanya. Sebab baginda suka berjalan malam. Jadi, anaknya seramai 12 orang dipanggil sebagai Bani Israel.

- Advertisement -

Panjang kisahnya, antaranya ialah Nabi Yusuf dibuang oleh adik-beradiknya ke dalam telaga, dibawa ke Mesir, dijjadikan budak suruhan, dan sebagainya.

Bani Israel menjadi bangsa yang dihalau keluar. Sebab mereka berperangai buruk. Allah menghukum mereka dengan diserang, dibunuh, dijajah dan dijadikan sebagai hamba. Hukuman tersebut adalah sebagai balasan terhadap kejahatan mereka.

Jahatnya mereka sehingga membunuh nabi-nabi. Orang lain, setakat tidak beriman dengan nabi sahaja. Tetapi Bani Israel, bukan setakat tidak mengikut nabi, malah membunuh pula. Contoh nabi yang dibunuh ialah Nabi Yahya dan Nabi Zakaria.

Walaupun Kerajaan Rom yang membunuh Nabi Zakaria, tetapi kerenahnya datang daripada Bani Israel. Mereka berpakat dengan kerajaan untuk menangkap Nabi Zakaria di Palestin. Baginda berlari menyelamatkan diri. Ada satu pokok yang terbuka lalu baginda masuk bersembunyi di dalamnya. Orang pakat mencarinya tetapi tidak jumpa.

Syaitan datang menyamar sebagai manusia dan memberitahu tempat persembunyiannya. Kata syaitan, kalau mereka tidak percaya, cuba digergaji pokok tersebut. Akhirnya, pokok itu digergaji dan baginda pun mati.

Nabi Yahya pula dibunuh oleh King Herod. Raja tersebut tergila-gilakan anak tirinya sendiri yang bernama Salome. Baginda melarangnya sebab dia telah tidur dengan isterinya. Melainkan kalau dia belum tidur dengan isterinya, maka boleh mengambil anak tirinya sebagai isteri. Tetapi kalau sudah tidur dengan isteri, maka haramlah hukumnya mengahwini anak tiri.

Akibat melarang, baginda ditangkap. Anak tirinya meletakkan syarat iaitu mas kahwin mestilah kepala Nabi Yahya. Akhirnya, baginda dibunuh dengan kepalanya dipancung. Tubuhnya diletakkan di dalam pokok dan kepalanya sebagai hantaran kahwin. Oleh sebab itu, kuburnya ada dua, satu di Damascus (Damsyik) dan satu lagi di Palestin.

Masalah-masalah yang berlaku di dunia kebanyakannya berpunca daripada Bani Israel. Mereka muncul dalam bentuk Jewish atau Zionis antarabangsa. Bukan semua orang Israel jahat. Ada yang baik sehingga tetap akan membayar hutang walaupun jumlahnya kecil. Tetapi, masalah besar hari ini ialah yang jahat. Contohnya membunuh rakyat Palestin.

Agama Yahudi lahir daripada keturunan Nabi Yaakub. Agama Kristian lahir daripada keturunan Nabi Isa yang datang kemudian. Ada bermacam-macam nabi antara tempoh masa Nabi Musa dengan Nabi Isa, contohnya Nabi Samuel, Nabi Yushak dan lain-lain.

Selepas Nabi Musa wafat, hadirnya Nabi Yusha’ bin Nun. Kisah Nabi Yusha’ diceritakan dalam surah al-Kahfi. Nabi Yusha’ dibawa oleh Nabi Musa berjalan-jalan di tepi pantai. Nabi Musa membawa ikan bersamanya.

Baginda bertanya kepada Nabi Yusha’, di mana ikan yang dibawanya itu. Nabi Yusha’ menjawab, ikan itu telah melompat keluar. Nabi Musa menyatakan bahawa itulah tempat yang mereka akan bertemu dengan Nabi Khidir. – HARAKAHDAILY 8/9/2024

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -