Bersedia beri khidmat terakhir sejurus kematian

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Pengurusan jenazah atau mayat merupakan satu kewajipan bagi orang yang hidup terhadap yang telah meninggal dunia, kata Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Dalam Islam, ujarnya pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah dan wajib disempurnakan sebelum jenazah itu dikebumikan.

Bahkan, tambahnya dalam agama lain sekalipun, pengurusan jenazah adalah sebagai penghormatan terakhir bagi orang yang hidup kepada orang yang telah mati.

- Advertisement -

“Alhamdulillah merasmikan majlis penutup Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjur oleh Skuad Pemuda Al-Mulk (Team Gali Kubur) yang diadakan di Surau Sheikh Salleh, Tanah Lot Dungun,” ujarnya pada catatan di laman Facebook beliau, hari ini.

Menurutnya lagi, antara objektif program itu adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang pentingnya ilmu fardu kifayah dan menambahkan ilmu pengetahuan.

Ini, ujar beliau agar lebih bersedia dalam memberi khidmat terakhir kepada waris atau umat Islam sejurus kematian ahli keluarga.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan program kerana telah berjaya mengadakan program sebegini.

“Terima kasih kepada Encik Rusdi Muda selaku pengendalian kursus pengurusan jenazah pada hari ini.

“Semoga Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta yang hadir seterusnya dapat dimanfaatkan di saat khidmat mereka diperlukan,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 7/9/2024

- Advertisement -