Surau dibina setelah 70 tahun ladang dibuka

- Advertisement -

KUANTAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya berharap para pekerja Ladang Kuala Reman dapat memakmurkan Surau Nur Iman di situ yang baru disiapkan.

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kepada pihak pengurusan ladang di Kampung Pancing itu terutama pengurusnya, R.Selvan Aisp yang menjemput beliau merasmikan surau itu, malam tadi. (Foto atas)

“Ribuan terima kasih kepada Pengurus Ladang Kuala Reman, R Selvan Aisp yang menjemput saya dan juga hadir bersama-sama untuk menyaksikan perasmian bersejarah surau ini,” katanya.

Menurutnya, jarang sangat dapat pengurus ladang yang menghormati dan bertoleransi dalam hal-hal yang berkaitan agama Islam.

Tambahnya, dengan adanya surau itu dapatlah pekerja Muslim yang terdiri daripada 32 warga tempatan, 37 (Bangladesh) dan 31 (Indonesia) untuk beramal ibadah dengan lebih sempurna.

Ustaz Tarmizi juga melahirkan rasa syukur kerana kewujudan sebuah surau akhirnya dapat direalisasikan di ladang itu yang telah dibuka sejak 70 tahun lalu.

tarikh Bina 1 Jun 24, pekerja Muslim sekarang 100 org,

Selain daripada solat berjemaah, beliau juga berharap aktiviti lain dapat diadakan di surau itu yang dibina pada 1 Jun lalu.

Beliau difahamkan antara aktiviti yang telah berjalan iaitu kelas al Quran.

“Alhamdulillah surau penuh dengan jemaaah. Semoga syiar Islam terus subur di bumi Panching ini,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 5/9/2024

- Advertisement -