
KANGAR: Ahli Alternative Riding Club (ARC) Perlis, Muhammad Badrul Adnin Mashuki, 20, telah kembali ke rahmatullah semalam selepas terlibat dalam kemalangan.
- Advertisement -
Allahyarham sedang dalam perjalanan menjalankan tugasnya sebagai bilal di Masjid Al Ghufran, Batu 2 Lama ketika kejadian berlaku, semalam.
Selain berkhidmat sebagai bilal, arwah juga merupakan guru Kelas Fardhu Ain dan Al-Quran.
Beliau dikenali sebagai seorang anak muda yang soleh dan baik, disayangi oleh keluarga serta masyarakat setempat.
Solat jenazah Allahyarham akan diadakan di Dewan Solat Utama Masjid Al Ghufran, Batu 2 Lama, pada hari ini selepas solat Zohor.
Allahyarham akan dikebumikan di perkuburan Kompleks Dakwah dan Tarbiyyah MATIN, di sini. – HARAKAHDAILY 5/9/2024












