Pestabola Merdeka 2024: Ramalan ribut petir, hujan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan ribut petir dan hujan pada waktu petang, manakala waktu malam tiada hujan pada kejohanan Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, kejohanan itu diadakan saban tahun bertujuan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia dan akan berlangsung bermula 2 hingga 10 September ini.

- Advertisement -

“Kejohanan ini merupakan kejohanan berprestij yang disertai beberapa pasukan handalan sebagai pasukan jemputan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurut sumber eCentral, perlawanan dalam kejohanan ini diiktiraf sebagai Perlawanan Kelas A (Perlawanan Persahabatan) oleh Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Jadi, sekiranya pasukan Harimau Malaya menunjukkan prestasi yang bagus, mereka berpeluang memperbaiki ranking dunia FIFA. 

“Ini adalah edisi ke-43 kejohanan ini didadakan. Pada tahun lalu, skuad Harimau Malaya tumpas ditangan Tajikistan 0-2 ketika aksi final,” katanya.

Terdahulu, edisi pertama kejohanan ini berlangsung pada 1957 dengan menyaksikan Hong Kong dinobatkan sebagai juara pertama Pestabola Merdeka.

Sebagai rekod, Harimau Malaya telah menjulang trofi Pestabola Merdeka sebanyak 10 kali sejak 1958, naib juara sebanyak tujuh kali dan muncul sebagai juara bersama sebanyak dua kali pada 1960 dan 1979.

“Antara pasukan-pasukan besar yang pernah mewarnai saingan Pestabola Merdeka sejak penganjurannya adalah Korea Selatan, Jepun, Maghribi, Iraq, Pilihan Argentina, Pilihan Australia, Senegal, Indonesia, Tajikistan, India dan Uzbekistan,” katanya. 

Oleh yang demikian, pemain bertaraf bintang seperti Arif Aiman Mohd Hanapi (JDT), Muhammad Safawi Rasid dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Terengganu FC) turut diserapkan pada panggilan kebangsaan kali ini.

Malaysia akan menentang Filipina pada separuh akhir pada kejohanan ini yang juga merupakan debut Vicente sebagai jurulatih pasukan negara selepas dilantik menggantikan Kim Pan Gon yang meletakkan jawatan bulan lepas.

Satu lagi aksi separuh akhir kejohanan itu bakal menyaksikan juara bertahan Tajikistan berdepan Lubnan pada tarikh dan tempat yang sama. – HARAKAHDAILY 4/9/2024

- Advertisement -