Pasir Kota FC juara LED Bunut Payong

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pasir Kota FC bakal mewakili DUN Bunut Payong pada pertandingan akhir Liga Elit DUN (LED) bagi merebut Piala Menteri Besar tahun ini.

- Advertisement -

Pasir Kota FC berjaya mengalahkan pencabar terdekatnya pasukan Batu 2 FC dengan keputusan 2-1.

Dengan kejayaan itu juga pasukan Pasir Kota FC berjaya membawa pulang RM2,000 pada permainan yang berlangsung di Padang Perdana, di sini malam tadi.

Pasukan Batu 2 pula yang menduduki tempat kedua berjaya membawa pulang RM1,500, manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Bunut Payong dan Lundang A, masing-masing berjaya membawa pulang RM1,000.

Pengurus LED Bunut Payong, Mohd Naim Hanafi ketika ditemui berkata, seramai 46 pemain dari sembilan pasukan telah berentap merebut juara bermula 3 Ogos lalu.

Katanya, beliau melibat corak permainan yang ditunjukkan pemain untuk LED tahun ini begitu memuaskan.

Jelasnya, sebelum ini pasukan yang mewakili DUN Bunut Payong hanya mampu bersaing sehingga pusingan ketiga sahaja, namun tahun ini beliau berharap ianya mampu bersaing lebih jauh.

“Melihat pada corak permainan kali ini begitu membanggakan dan harapan kita bukan sahaja dapat ke peringkat akhir, sebaliknya menjadi johan pada pertandingan kali ini,” ujarnya.

Hadiah disampaikan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan ADUN Bunut Payong, Shaari Mat Yaman.

Lebih 3,000 peminat bola sepak mengikuti perlawanan akhir LED Bunut Payong yang berlangsung di Padang Perdana malam tadi. – HARAKAHDAILY 4/9/2024

- Advertisement -