Muktamar Tahunan ke-70 jaya agenda PN tawan Pahang PRU16

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pahang dipilih sebagai tuan rumah Muktamar Tahunan PAS kali ke-70 memandangkan Perikatan Nasional (PN) mempunyai suara yang kuat di negeri tersebut.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, selain empat negeri yang dimenangi PN iaitu Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu, Pahang juga mempunyai komposisi yang mantap bagi PN.

Katanya, pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) PN dan BN masing-masing  memenangi 17 kerusi DUN dan PH lapan kerusi daripada 42 kerusi yang dipertandingkan.

- Advertisement -

“Jumlah ini begitu besar dan kita yakin sokongan rakyat terhadap PN masih kuat kerana itu kita adakan muktamar di Pahang,” katanya di sini semalam.

Oleh itu beliau yakin muktamar di negeri itu dapat diadakan dengan lancer selaras dengan sasaran PAS dan PN untuk terajui Pahang pada PRU16.

Oleh itu beliau berharap petugas muktamar dan jentera parti bertugas sebaik mungkin bagi memastikan kelancaran muktamar tersebut sebagai motivasi PAS dan PN menawan Pahang.

Muktamar berkenaan akan diadakan di Kompleks Al Makmur, Kerdau Temerloh pada 11 hingga 15 September ini.

“Ia bermula 11 September dengan muktamar dewan-dewan iaitu 11 dan 12 September Dewan Pemuda PAS Malaysia, manakala Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat pula pada 13 September.

“Manakala pada 8 September diadakan Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) di Jerantut. Lebih 1,400 perwakilan dijangka menyertai muktamar berkenaan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/9/2024

- Advertisement -