Atlet judo Terengganu pada SUKMA 2024 dirai

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Para atlet judo Terengganu pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 diraikan pada satu majlis yang diadakan di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), petang semalam.

- Advertisement -

Majlis itu dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Ariffin Deraman selaku bapa angkat bagi pasukan judo pada SUKMA yang berlangsung di Sarawak, baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YPU Terengganu, Afnida Aini Alwi sebagai jabatan angkat dan Presiden Persatuan Judo Negeri Terengganu (TEJA), Wan Mohd Hamidi Wan Harun.

Pada SUKMA itu, sukan judo telah berjaya mencapai sasaran pingat emas dengan membawa pulang enam emas, tiga perak dan empat gangsa.

Dengan jumlah pungutan pingat itu, kontinjen negeri muncul acara judo daripada 18 acara yang dipertandingkan di Dewan Sri Balau, UiTM Mukah.

“Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada adik-adik yang telah berjaya mengharumkan nama Terengganu dalam pentas Sukan Malaysia ini,” ujar Ariffin menerusi hantaran di laman sosislanya, malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan, ketua jurulatih negeri, Marjan Abdullah, berkata kejayaan itu tidak dapat dicapai tanpa sokongan penuh daripada Majlis Kerajaan Negeri Terengganu yang telah membantu sepanjang dua tahun persiapan.

“Alhamdulillah, dengan sokongan penuh dari kerajaan negeri, kami berjaya menjadi juara keseluruhan dalam sukan judo,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/9/2024

- Advertisement -