
SUNGAI PETANI: Seramai 100 penghuni Rumah Anak Yatim Yayasan Bunga Raya dan Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda, diraikan sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan kali ke 67, oleh Maxim E-hailing.
Majlis keraian itu diadakan secara berasingan di lokasi masing-masing, dengan menyediakan pelbagai acara serta permainan termasuk sumbangan barangan keperluan.
Program kebajikan Maxim E-hailing ini juga bertujuan untuk mengembirakan anak-anak yatim pada hari yang istimewa itu selain bertemu dan beramah mesra bersama mereka.
Bukan sekadar menyediakan acara permainan, penghuni di kedua-dua rumah berkenaan juga diberi pendedahan berkenaan keselamatan jalan raya dan lain-lain.
Dalam pada itu, anak-anak yatim berkenaan juga menerima sumbangan berupa alat tulis, buku dan peralatan elektronik selain bekalan makanan kepada pengurusan rumah tersebut.
Sesuai dengan semangat kebajikan yang menjadi tradisi Maxim E-hailing, program luar sebegitu juga dapat memberi pengalaman dan pengetahuan khususnya kepada kakitangannya.
Dalam pada itu Maxim E-hailing juga turut menyertai istiadat pembarisan dan perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Medan Bandar, Alor Setar pada 31 Ogos kelmarin dahulu.
Misi kebajikan sempena Hari Kebangsaan 2024 itu diketuai Ketua Bahagian Maxim Kedah, Mohd Zaini Zainal. – HARAKAHDAILY 3/9/2024











