Wakil rakyat Klate kito wat gapo? (26 Ogos ’24)

Mohd Adanan ketika berucap pada majlis penyampaian
- Advertisement -

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Kelantan selaku wakil rakyat terus melaksanakan tanggungjawab mereka kepada penduduk.

- Advertisement -

Ziarah dan menghulurkan sumbangan dari kerajaan negeri kepada penerima antara juga sebahagian gerak kerja yang mereka laksanakan.

ADUN Limbongan: Nor Asilah Mohamed Zin
Telah menyampaikan bantuan peralatan kepada dua usahawan tempatan pada majlis yang diadakan di Dewan Pusat Khidmat DUN Limbongan.

Bantuan berkenaan adalah sebahagian daripada Program Gerakan Berdikari yang dianjurkan kerajaan negeri.

“Siti Noor Aisha Shafie dan Maliki Che Ahmad telah menerima bantuan.  Kedua-dua usahawan ini menerima peralatan penting bagi memajukan industri pemakanan mereka.

“Antara peralatan yang kita berikan ialah Snow 185 Chest Freezer (Peti Sejuk Beku), diharapkan dapat memudahkan proses penyimpanan dan pemprosesan makanan,” katanya sewaktu majlis penyampaian diadakan.

ADUN Wakaf Bharu: Mohd Rusli Abdullah
Telah menziarahi beberapa buah keluarga di sekitar Kampung Periok dan seterusnya ke Kampung Alor Tar.

Beliau menghabiskan waktu buat seketika untuk menziarahi keluarga penduduk di kampung berkenaan, khususnya ke rumah arwah Tok Imam Min yang merupakan bekas imam tua Masjid Ak Furqan di Kampung Periok.

“Dengan kesempatan waktu yang kita ada ini, alhamdulillah dapat mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat melalui ziarah ini,” katanya.

Ahli Parlimen Rantau Panjang: Dato’ Siti Zailah Mohd Yusof
Turut melakukan ziarah dari rumah ke rumah dalam parlimen berkenaan.

Kesempatan yang ada, beliau menziarahi kematian yang sempat dilawatinya, antaranya di Kampung Kiat dalam DUN Apam Putra menziarahi guru PASTI Masjid Lati Cikgu Sharifah yang kematian suami baru-baru ini.

“Semoga Allah tempatkan allahyarham di kalangan hamba-hambaNya yang soleh,” kata Zailah.

ADUN Kelaboran: Mohd Adanan Hassan
Telah menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada lima kategori penerima.

Penerima berkenaan terdiri dari Skim Bantuan Makruf (OKU) Orang Kelainan Upaya, Skim Gerbang Az-Ziwaaj, Skim Manfaat Armalah, Skim Takaful Kifalah Warga Emas,  Skim Bantuan Sakit Kronik, dan sumbangan kepada pelajar ayang akan melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS.

Majlis berkenaan diadakan di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat DUN Kelaboran, Tumpat.

Adanan berharap, sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya. – HARAKAHDAILY 28/8/2024

- Advertisement -