
KOTA BHARU: Skuad Sang Kijang Emas menunjukkan peningkatan permainan biarpun tewas 0-1 kepada Kuching City FC pada saingan Liga Super 2024/25 di Stadium Negeri, Sarawak malam kelmarin.
Penolong Ketua Jurulatih KDN FC, Rezal Zambery Yahya berkata, corak persembahan pemain begitu positif apabila menguji gawang tuan rumah dengan asakan demi asakan.
Bagaimanapun katanya ketangkasan penjaga gol Kuching City FC, Shahril Saari menafikan beberapa cubaan tepat skuad KDN FC.
“Pemain kami menunjukkan sesuatu yang positif dan saya gembira pemain melakukan banyak peningkatan berbanding perlawanan sebelum ini,” katanya pada kenyataan petang semalam.
Menurutnya jaringan tunggal pasukan tuan rumah menerusi tandukan jarak dekat Jordan Mintah pada minit ke-37 separuh masa pertama membuahkan hasil. – HARAKAHDAILY 28/8/2024











