Tiga warga asing ditahan miliki dadah jenis syabu

- Advertisement -

SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki dan seorang perempuan warga asing disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat kira-kira 7.4 gram.

- Advertisement -

Polis Shah Alam dalam kenyataannya berkata, kes itu didapati semasa melakukan sekatan jalan raya dari Balai Polis Seksyen 6 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Lorong Lebuh Raya Keluli, I-City, Seksyen 7, di sini.

“Polis telah membuat pemeriksaan terhadap dua lelaki dan seorang perempuan warganegara Indonesia dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga memiliki 1 paket lutsinar mengandungi ketulan disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 7.43 gram dan diambil tindakan di bawah Sek 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua suspek telah ditangkap dan dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Narkotik untuk tindakan lanjut. Tahniah diucapkan kepada Balai Polis Seksyen 6,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Justeru, orang ramai diminta menyalurkan maklumat sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke Bilik Gerakan Polis IPD Shah Alam di talian, 03-5520 2222 atau mengunjungi halaman Facebook berkenaan melalui Messenger Facebook. – HARAKAHDAILY 27/8/2024

- Advertisement -