Pemain sayap dari Palestin perkuatkan KDN FC

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) mengesahkan perpindahan masuk bekas pemain antarabangsa Palestin, Layth Kharoub ke skuad berkenaan.

- Advertisement -

Dalam satu kenyataan KDN FC malam ini memberitahu, Layth berusia 33 tahun merupakan abang kepada Kapten, Oday Kharoub.

Menurut  kenyataan itu lagi, pemain ini beraksi di posisi sayap dan turut berkeupayaan bermain sebagai penyerang.

“Dia menyertai Sang Kijang Emas setelah menjalani sesi pemilihan ketat bersama staf kejurulatihan sejak Julai termasuk diturunkan pada aksi persahabatan dengan Nara United,” kata KDN FC.

Karier antarabangsanya bermula tahun 2020 dan mendapat 11 caps serta menjaringkan 5 gol buat Palestin.

Sehubungan itu KDN FC mengucapkan selamat datang kepada Layth Kharoub. – HARAKAHDAILY 26/8/2024

- Advertisement -