Bersukan sangat penting untuk kekalkan kesihatan

- Advertisement -

TANAH MERAH: Bersukan merupakan amalan gaya hidup yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah.

Katanya, selain mengambil pemakanan sihat, aktiviti fizikal memainkan peranan besar dalam memastikan keseimbangan antara kalori yang diambil dan dibakar setiap hari.

Menurutnya, ini adalah antara kaedah mensyukuri nikmat kesihatan kurniaan Allah supaya ia dapat dijaga sebaiknya.

- Advertisement -

“Kerana itu aktiviti bersukan, program larian yang dianjurkan oleh mana-mana pihak wajar diikuti bagi menjaga kesihatan,” katanya selepas menghadiri Fun Walk: Kelantan Sihat.

Program berkenaan dianjurkan sempena Hari Kemerdekaan dan Karnival Promosi Kesihatan dan Hari Terbuka Hospital Kluster Kelantan Barat Tahun 2024.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin serta pegawai-pegawai perubatan, kakitangan hospital serta orang ramai.

Lebih 300 orang menjayakan program berjalan santai (fun walk) sejauh dua kilometer dengan mengelilingi kawasan Hospital Tanah Merah.

Menurut Hilmi, program berkenaan dianjurkan bagi menjayakan kempen dan promosi gaya hidup sihat ke arah merealisasikan Agenda Nasional Malaysa Sihat (ANMS) dan Kelantan Sihat 2030 bagi melahirkan rakyat Malaysia yang sihat dan sejahtera. – HARAKAHDAILY 25/8/2024

- Advertisement -