Mesyuarat Majlis Syura dijangka bincang PRK Mahkota

Tuan Guru Dato' Hashim Jasin
- Advertisement -

KANGAR: Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS akan mengadakan mesyuarat pada 25 Ogos ini, bagi membincangkan perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

- Advertisement -

Namun, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin, menyatakan bahawa beliau tidak pasti sama ada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat telah membincangkan perkara tersebut.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin berkata, parti itu akan membincangkan berkaitan PRK itu pada mesyuarat, Sabtu ini.

PRK DUN Mahkota dijadualkan berlangsung pada 28 September dengan penamaan calon pada 14 September.

Sebelum ini, DUN Mahkota menyaksikan pertembungan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Mac 2022, di mana calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Nor Lingan memperoleh 7,614 undi.

Jumlah pengundi berdaftar di DUN Mahkota adalah 65,074, dengan 36,225 undi direkodkan dalam PRN lalu, menjadikan peratusan keluar mengundi sebanyak 55.67 peratus.

Mesyuarat MSU Ahad ini dijangka akan memberi tumpuan kepada persiapan PAS menghadapi PRK tersebut. – HARAKAHDAILY 23/8/2024

- Advertisement -