Exco ketuai Misi Jelajah Merdeka 4 DUN di Kemaman

Hanafiat Mat (kanan) mengetuai Misi Jelajah Merdeka melibatkan empat DUN di Kemaman.
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: “Alhamdulillah, hari ini bersama lebih 300 orang peserta menyelesaikan Misi Jelajah Merdeka melibatkan empat DUN di Kemaman,” kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat.

Katanya, dalam program itu, beliau turut menyampaikan bendera Malaysia kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua termasuk agensi-agensi kerajaan, wakil GLC, NGO, kelab permotoran dan lain-lain di atas kerjasama yang baik dalam menjayakan program itu.

- Advertisement -

“Semoga ianya dapat menyuntik semangat kita untuk cintakan negara dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan tidak lama lagi.

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” ujarnya yang juga ADUN Cukai menerusi hantaran di laman sosialnya.

Empat DUN dalam Parlimen Kemaman ialah Cukai, Kemasik, Kijal dan Air Puteh.

Ahli Parlimen Kemaman ialah Dato’ Seri Dr Ir Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu manakala ADUN selain Hanafiah terdiri daripada Datuk Razali Idris (Kijal), Ir Saiful Azmi Suhaili (Kemasik) dan Mohd Hafiz Adam (Air Puteh). – HARAKAHDAILY 22/8/2024

- Advertisement -