MSL: Cabaran dihadapi KDN FC sangat besar

Rozi Muhamad
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pihak pengurusan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) sedang berusaha memperbaiki skuad itu yang bertanding di dalam Liga Super Malaysia (MSL).

- Advertisement -

Presidennya, Rozi Muhamad, berkata cabaran yang dihadapi KDN FC sangat besar serta melibatkan semua perkara.

”Kami sedang berusaha untuk menambah baik skuad utama terutamanya sejak perlawanan kelima tapi banyak perkara telah berlaku.

“Insya-Allah, kami menunggu jendela perpindahan kedua dibuka dan kita akan lihat perubahan KDN FC.

“Saya boleh sahkan, kami sedang dalam usaha untuk tujuan itu dan saya yakin KDN FC boleh pergi jauh,” katanya pada satu majlis meraikan penaja, kelmarin.

Tambahnya, beliau keyakinan itu bukan hanya untuk tahun ini, tetapi sehingga tahun hadapan dengan dari sokongan penyokong serta penaja.

Terdahulu, Rozi meraikan penaja KDN FC musim 2024 dalam satu majlis santai yang juga disertai wakil penyokong Sang Kijang Emas yang diberi peluang bertanya soalan beberapa isu yang melibatkan kelab dan pasukan.

Menurutnya, pihak kelab tidak duduk diam kerana melihat segala keluhan yang dilontarkan penyokong di media sosial.

“Pihak pengurusan kelab sentiasa melihat komen-komen dari penyokong. Saya faham dan menghormati segala pandangan dari semua pihak kerana tahu anda semua sayangkan kelab dan pasukan,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/8/2024

- Advertisement -