Fenomena air pasang besar di Kuala Sungai Padang

- Advertisement -

KANGAR: Fenomena air pasang besar yang disertai ombak bergelora dijangka melanda persisiran pantai Kuala Sungai Padang dalam tempoh beberapa hari ini.

- Advertisement -

Pusat Hidrografi Nasional meramalkan kejadian Air Pasang Perbani atau lebih dikenali sebagai Air Pasang Besar akan berlaku pada 21 sehingga 24 Ogos esok, berdasarkan maklumat Jadual Pasang Surut Malaysia 2024.

Fenomena ini berpotensi menyebabkan limpahan air di kawasan daratan berdekatan pantai dan meningkatkan risiko berlakunya banjir di kawasan rendah.

Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pesisir pantai disarankan untuk lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan banjir atau keadaan cuaca buruk.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dengan merujuk kepada agensi berkaitan, seperti Jabatan Meteorologi Malaysia dan Pusat Hidrografi Nasional, bagi mendapatkan informasi terkini mengenai keselamatan kawasan pesisir pantai.

Untuk maklumat lanjut mengenai paras pasang surut dan ramalan cuaca, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Pusat Hidrografi Nasional di https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/. – HARAKAHDAILY 20/8/2024

Kredit foto: Mee Udang Berasap

- Advertisement -