Amaran angin kencang, hujan lebat di tujuh negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tujuh negeri sehingga 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan terlibat iaitu Kedah di Langkawi, Melaka di Alor Gajah, Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

- Advertisement -

“Selain itu, kawasan di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah dan Bagan Datuk); Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang); dan Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson).

MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/8/2024

- Advertisement -