KDN FC rai penaja, jelas isu berbangkit

- Advertisement -

KOTA BHARU: Presiden Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rozi Muhamad malam tadi meraikan penaja skuad berkenaan.

- Advertisement -

Pada masa yang sama, ruang turut digunakan untuk menjelaskan beberapa isu kelab yang berbangkit.

“Kita juga turit menerima dn me dengar pandangan dari wakil penyokong,” katanya pada majlis santai di sebuah restoran, di sini.

Turut hadir Pegawai Operasi KDN FC, Mohd Afiq, Penolong Pengurus Skuad Liga Super, Dato’ Rowi Dollah serta penolong ketua jurulatih, Rezal Zambery Yahya.

Pada masa yang sama, beliau mewakili KDN FC mengucapkan terima kasih kepada Restoran Nasi Lemak Kopi O kerana persediaan tempat dan jamuan makan.

“Alhamdulillah, terima kasih diucapkan pada Restoran Nasi Lemak Kopi O yang membuat persediaan tempat untuk majlis santai kita pada malam ini,” katanya pada catatan di Facebook. – HARAKAHDAILY 19/8/2024

- Advertisement -