Ramai perantau DUN Nenggiri pulang mengundi

- Advertisement -

GUA MUSANG: Sebelum ini banyak pihak bimbang anak-anak perantau DUN Nenggiri tidak pulang mengundi, namun situasi yang berlaku hari ini agak berbeza.

- Advertisement -

Ramai kelihatan anak muda datang mengundi di Pusat Mengundi di Bertam Lama dan Bertam Baru.

Seorang pemuda di Bertam Lama ketika ditemui berkata beliau pulang ke kampung petang semalam dan sampai di rumah jam 2 pagi tadi.

“Saya pulang dengan tiga lagi adik beradik dari Melaka untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

“Biarpun masih agak mengantuk saya keluar mengundi sebelah pagi kerana bimbang hujan pada sebelah petang.

“Sambil ziarah ibu bapa dapat juga merasai durian yang masih ada di kebun orang tua,” katanya ketika ditemui di luar Pusat Mengundi Tadika Sri Bakawali.

Menurutnya beliau akan kembali ke tempat kerja di Melaka esok memandangkan hari Isnin sudah bekerja.

Menurutnya juga kedua ibu bapa juga sudah keluar mengundi sebelah pagi.

Selain itu seorang warga emas bersama isteri datang bersama enam anak perempuan untuk mengundi di Pusat Mengundi Sri Bakawali di Bertam Lama.

Keluarga terbabit difahamkan mempunyai 11 anak tinggal di Kampung Bertam Lama.

Pusat Mengundi di Bertam Baru juga kelihatan ramai anak muda datang mengundi secara bersendirian dan ada juga bersama ibu bapa.

Dua penduduk di Bertama Baru tanpa segan memberitahu beliau dan anak mengundi calon nombor satu pagi tadi. – HARAKAHDAILY 17/8/2024

- Advertisement -