
GUA MUSANG: PAS akur gagal mempertahankan kerusi DUN Nenggiri apabila calon BN berjaya merampas kembali DUN tersebut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.
- Advertisement -
Pada keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan meraih 9,091 undi.
Manakala calon PN, Mohd Rizwadi Ismail pula memperolehi 5,739 undi, sekali gus BN menang dengan majoriti 3,352 undi.
BN meraih 61.3 peratus iaitu meningkat daripada 46.7 peratus tahun lalu. Jumlah peratusan keluar mengundi tinggi sebanyak 73.9 peratus.
Rizwadi berkata, pihaknya menerima seadanya apa yang diputuskan oleh pengundi setelah segala usaha dilakukan sejak selepas penamaan calon pada 3 Ogos lepas. – HARAKAHDAILY 17/8/2024











