Pemuda PAS Gua Musang ucap terima kasih

Pentas Anak Muda, antara aktiviti kempen melibatkan kepimpinan Pemuda PN pada PRK DUN Nenggiri.
- Advertisement -

GUA MUSANG: Dewan Pemuda PAS Kawasan Gua Musang mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang hadir membantu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, hari ini.

- Advertisement -

Ketuanya, Mohd Habidin Hanipa berkata, apa sahaja pengorbanan yang diberikan, semoga dinilai jihad oleh Allah.

“Alhamdulillah. Allah tangguhkan sekali lagi kemenangan kita di dunia.

“Walau bagaimanapun, kita perlu yakin, kita menang di sisi Allah SWT atas usaha dan jihad kita,” ujarnya menerusi catatan di laman Facebook Dewan Pemuda PAS Kawasan, malam ini.

Katanya, Allah masih lagi hendak menegur apa-apa kesilapan yang dilakukan

“Allah masih lagi nak ajar dan tegur kita apa-apa kesilapan dan kekurangan atau kelemahan kita.

“Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang hadir membantu.

“Apa sahaja usaha, komitmen, pengorbanan yang diberikan, mudah-mudahan dinilai jihad oleh Allah SWT,” ujarnya.

Pada PRK DUN Nenggiri hari ini, calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mendapat 9,091 undi manakala calon PN, Mohd Rizwadi Ismail meraih 5,739 undi. – HARAKAHDAILY 17/8/2024

- Advertisement -