Jangan berbangga duit masjid banyak

Dato’ Satiful Bahari Mamat
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato’ Satiful Bahari Mamat mengingatkan pihak pengurusan masjid supaya jangan berbangga dengan duit masjid yang banyak.

- Advertisement -

Sehubungan itu, katanya apabila menjadi pengerusi masjid perlu lebih kreatif untuk menguruskan hasil derma tabung masjid.

“Kitalah yang kena bijak dalam mengurus dan mentadbir,” katanya dalam catatan di laman sosialnya, hari ini susulan program yang melibatkan pengerusi dan pengurusan masjid.

Tambahnya, derma tabung masjid itu hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin agar kembali hasil itu kepada ahli qariah dan penderma.

“Jangan bangga duit masjid banyak kerana duit itu bukanlah milik kita tapi duit orang ramai.

“Akan datang kita buat jaulah sekali geng-geng pengerusi masjid ni tengok masjid-masjid lain yang boleh dijadikan contoh,” ujarnya yang juga ADUN Paka.

Beliau juga mengingatkan bahawa memegang jawatan pengerusi masjid merupakan amanah yang besar.

“Kadang ia boleh jadi ruang dan peluang untuk kita jana amalan jika diuruskan dengan baik,” tambahnya.  – HARAKAHDAILY 17/8/2024

- Advertisement -