Peranan Timbalan Presiden Umno diketepi di Nenggiri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Umno dilihat banyak pihak begitu terdesak bagi mencapai impian Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menawan DUN Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu ini.

- Advertisement -

Kelemahan jentera penerangan Umno begitu ketara di mana tidak banyak program ceramah umum kecuali ketika lawatan Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Itupun kehadiran Zahid atas jawatan Timbalan Perdana Menteri dan bukan Presiden Umno.

Pemerhati politik tempatan Dr Zulkefle Yaacob berkata, berdasarkan tinjauan di laman sosial calon BN Azmawi Fitri dan Umno online kelihatan calon seperti keseorangan melaksanakan aktiviti kempen tanpa kelibat pemimpin utama Umno dan PH.

“Lebih tempang lagi apabila ada dakwaan terhadap PN khususnya PAS menaja Orang Asli minum arak percuma. Strategi itu langsung tidak mengena malah terpercik ke muka sendiri.

“Ini kelemahan ketara jentera kempen Umno kerana kebiasaan setiap PRK pengarah pilihan raya dilantik Timbalan Presiden Umno, namun ia tidak berlaku di Nenggiri,” katanya di sini.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat laporan polis terhadap fitnah disebarkan melalui Tiktok Wan Mahussin Official memuat video ucapan seorang individu Orang Asli dan teks tulisan ‘Pemuda PAS Beri Arak Kepada Orang Asli’ dengan latar belakang bendera logo PAS. (Foto atas)

Dr Zulkefle yang juga pakar psikososio berkata, pengundi faham muslihat pimpinan Umno apabila rakan komponen dalam PH tidak ikut serta dalam kempen meraih undi.

Ini kerana kata beliau masyarakat Melayu tidak menerima DAP yang konsisten agenda sekular di bawah prinsip ‘Malaysian Malaysia’.

“Tambahan pula Tengku Razaleigh dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya BN tidak lagi aktif di lapangan kerana faktor usia.

“Sekarang pengundi Orang Asli di beberapa pos dilihat mulai menolak BN kerana tidak selesa kos sara hidup yang semakin membebankan sekarang,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/8/2024

- Advertisement -