Beberapa minit selamatkan jangka hayat ‘gearbox’

- Advertisement -

MUNGKIN masih ramai pemilik kenderaan yang tidak tahu apakah tujuan sebenar memanaskan enjin pada waktu pagi sebelum memulakan perjalanan.

- Advertisement -

Walaupun perbuatan itu menjadi amalan kepada kebanyakan pemilik kenderaan, namun hakikatnya masih ramai yang mengabaikan terutama ketika hendak cepat atau mempunyai urusan penting.

Malah tidak salah jika dikatakan ramai yang tidak tahu kenapa amalan itu dilakukan kerana kebanyakannya menganggapnya adalah satu kebiasaan.

Melalui TikTok ‘Altimat Auto Garage’, pengguna dan pemilik kenderaan akan mendapat jawapan mengapa tindakan itu perlu dilakukan.

Panaskan enjin kenderaan bukanlah spesifik untuk menjaga enjin sebaliknya berkait rapat dengan ketahanan ‘gearbox’ atau kotak gear sesebuah kenderaan.

Amalan yang khusus dilakukan diwaktu pagi sebelum memulakan perjalanan  akan membantu mengelakkan sebarang gangguan pada ‘gearbox’ kenderaan anda.

Minyak ‘gearbox’ akan turun ke bawah, apabila kenderaan dimatikan dalam tempoh agak lama, contohnya semalaman.

Apabila enjin kenderaan dihidupkan pada keesokan harinya, tekanan tinggi akan berlaku kerana ketika itu enjin dan minyak ‘gearbox’ berada pada suhu yang sejuk lagi.

Sekiranya di waktu suhu minyak gearbox masih sejuk dan gear dilepaskan untuk menggerakkan kenderaan, ‘oil pump’ akan berfungsi ‘memaksa’ minyak disalurkan ke ‘gearbox’ dan kondisi seperti itu akan menyebabkan berlaku tekanan tinggi di ‘gearbox’ kenderaan anda.

Sebab itu, apabila kenderaan digerakkan ketika enjin belum panas dan minyak ‘gearbox’ juga masih sejuk, akan berlaku sentakan ketika gear difungsikan untuk menggerakkan kenderaan.

Walaupun perkongsian ini agak ringkas, namun diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu keperluan serta kepentingan memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan diwaktu pagi.

Tidak lamapun, dalam beberapa minit sahaja tetapi manfaatnya dapat menyelamatkan ‘gearbox’ kenderaan kita daripada cepat rosak, tidaklah asyik berulang ke bengkel.

Tambahan pula diwaktu ekonomi tidak menentu, harga barangan keperluan melambung tinggi, upah ‘servis’ juga meningkat, ‘spare part’ kenderaan lagilah, tips seperti ini sangat bermanfaat.

Sungguhpun begitu, anda boleh mendapatkan keterangan dan maklumat lanjut dari pakar kenderaan yang berdekatan. – HARAKAHDAILY 15/8/2024

- Advertisement -