BN buat kami susah – Awang

- Advertisement -

GUA MUSANG: Ramai anak muda masyarakat Orang Asli di Pos Tohoi tanpa berselindung menyatakan sokongan terhadap calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Mohd Rizwadi Ismail.

- Advertisement -

Seorang anak muda yang mahu dikenali sebagai Awang, 30 berkata, beliau tidak akan menyokong calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri.

Katanya, ramai rakannya turut menyatakan sokongan pada calon bulan (PN).

“Sudah ramai anak muda di sini sokong PAS. Mereka sudah tidak ingin lagi mengundi calon BN kerana telah membuatkan kami susah dengan kos sara hidup sekarang.

“Tidak ada sebarang perubahan sejak sekian lama sampai zaman sekarang.  Harga keperluan harian makin mahal,” katanya ketika ditemui semalam.

Terdahulu, beliau bersama anak-anak muda Orang Asli disantuni Rizwadi. Turut hadir Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff dan pimpinan Pemuda PAS Kelantan. (Foto atas)

Mereka juga berkhidmat sebagai penunjuk jalan kepada calon PN dan rombongan yang datang berkempen di Kampung Tohoi.

Awang juga berkata, penduduk Orang Asli di situ berharap jalan ke Bandar Gua Musang dinaik taraf memadangkan sukar dilalui ketika musim tengkujuh. – HARAKAHDAILY 14/8/2024

- Advertisement -