Setahun bergelar ADUN: Mardhiyyah santuni warga

- Advertisement -

KUALA KEDAH: Setahun bergelar ADUN, Mardhiyyah Johari telah berusaha merealisasikan tanggungjawabnya terhadap warga penduduk khususnya di DUN diwakilinya sehabis baik.

- Advertisement -

ADUN Pengkalan Kundur itu bagaimanapun mengakui beliau menimba ilmu serta mempelajarinya daripada ADUN-ADUN lebih senior serta berpengalaman untuk menjadi wakil rakyat yang baik.

“Alhamdulillah sejak saya diberi mandat rakyat sebagai ADUN Pengkalan Kundur, pada 12 Ogos tahun lalu, saya berusaha sedaya mampu membantu mereka yang memerlukan.

“Saya berusaha memastikan agar tidak ada warga penduduk dikesampingkan daripada merasai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri,” kata beliau kepada _Harakahdaily_, di sini semalam.

Jelasnya, sepanjang tempoh setahun ini, pelbagai bantuan kerajaan negeri telah disumbangkan kepada golongan sasaran termasuk sumbangan peribadi beliau sendiri.

Dalam tempoh setahun, seramai 2,400 penerima telah mendapat Bantuan Beras Sejahtera serta barangan dapur, manakala 192 waris simati telah disempurnakan bayaran Khairat Kematian atau iKafalah.

Sementara seramai 17 pesakit dan warga emas menerima bantuan kerusi roda dan sumbangan baiki rumah kepada 48 keluarga.

Untuk psarana serta bantuan peniaga, 20 lampu jalan telah dipasang di kawasan tertentu, kerja-kerja pembaikan melibatkan 10 jalan kampung dan 15 peniaga menerima sumbangan khemah niaga.

‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’ juga diperluas kepada para pelajar dan institusi pendidikan di mana seramai 31 komputer riba telah disumbangkan kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran.

Termasuk 121 pelajar menerima sumbangan tunai pendidikan, 77 bantuan Tabung Tengku Mahmud dan 10 buah sekolah dilawati Mardhiyyah dan menerima sumbangan.

“Bantuan dan kerjasama dari semua pihak amat diperlukan untuk memastikan tiada golongan yang memerlukan tercicir daripada menerima manfaat ini,” kata beliau lagi. – HARAKAHDAILY 13/8/2024

- Advertisement -