Calon PN matang jawab terjahan soalan wartawan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Jawapan rentas politik kepartian calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail ketika menjawab soalan wartawan bagi membela nasib penduduk Orang Asli dianggap mencerminkan kematangan berpolitik.

- Advertisement -

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed berkata, jawapan itu dikeluarkan secara spontan semasa menjawab soalan wartawan pada sidang media pagi tadi.

Katanya, beliau yakin jawapan itu lahir dari lubuk hati beliau bagi membela nasib penduduk Orang Asli.

“Benarlah calon yang mewakili Nenggiri dari PN kali ini diangkat dari akar umbi. Jiwanya rapat dengan rakyat, kenal erti susah dan tahu bagaimama jerihnya kehidupan,” katanya di sini.

Pagi tadi ketika menjawab soalan wartawan Rizwadi berkata, “Kalau kita tengok keperluan Orang Asli dan anak muda, memang patut saya akan berjumpa dengan agensi-agensi kerajaan.

“Sebab manifesto saya merentasi politik, bukan hanya untuk PAS, bukan hanya PN, Bersatu atau Umno. Saya akan buat kerja untuk rakyat dan merentasi (pelbagai segmen) saya perlu bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan,” ujarnya.

Turut hadir pada siding media itu ialah Pengarah Operasi PN Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi PN PRK Nenggiri, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Mohamad Kamal juga berkata, jawapan calon PN menterjemah apa yang ada dalam minda dan hati beliau untuk berkhidmat untuk rakyat Nenggiri.

“Sekali pun sanggup berdepan dengan sang penguasa berlainan warna parti. Menunduk bukan bermaksud lemah tapi demi rakyat digagahkan juga,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/8/2024

- Advertisement -