Ikon Berbasikal Negara meriahkan Trail Ride Kuala Krai

- Advertisement -

KUALA KRAI: Ikon Berbasikal Negara, Mohd Hariff Saleh hadir memeriahkan program Trail Ride Eco Tourism Kuala Krai 2024.

- Advertisement -

Program berkenaan dianjurkan Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) bertempat di Dataran Chinta Wangsa, di sini hari ini.

Harrif menjadi pelumba paling banyak kali beraksi di Le Tour de Langkawi (LTdL) iaitu 14 kali dengan mengetepikan rekod lama 13 kali dipegang pelumba Iran, Ghader Mizbani, manakala dua bekas pelumba negara, Loh Sea Keong dan Anuar Manan menyertai sebanyak 12 kali.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, Hariff Salleh turut mengayuh basikal sejauh 30 kilometer bersama dengan para peserta.

Beliau melahirkan rasa bangga kerana masyarakat di sini khususnya anak muda dapat bersama ikon berbasikal itu.

Menurutnya, mereka melalui beberapa check point yang merupakan lokasi menarik dan bersejarah di Kuala Krai bermula di Chinta Wangsa dan akan terus ke Tasik Krai-Zoo, Krai, Krai Water Park, Kampung  Kubang Lebur, Bukit Tukul, Aur Duri.

Selain itu menurut Hilmi, mereka akan melalui di laluan Dusun Nyiur, Estate Mengkebang, Sungai Durian, Kampung Sepuluh, Sungai Mas, Bechah Salak, Batu Balai dan kembali ke Dataran Chinta Wangsa.

“Majlis Penutup disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

“Semoga dengan kehadiran beberapa team dari luar akan dapat membantu promosikan Tahun Melawat Kelantan pada tahun ini,” katanya.

Tambahnya, selain itu diharap mereka turut mempromosikan Agenda Kelantan Sihat sebagai kempen untuk menggalakkan rakyat mengamalkan Budaya Hidup Sihat.

Pada masa yang sama beliau turut memaklumkan, semalam selesai acara Krai Fun Run 2024 sejauh 10 kilometer.

“Pada 28 Ogos 2024 dijemput semua untuk menyertai Krai Fun Walk untuk berjalan sejauh 10,000 langkah sempena semarak Hari Kemerdekaan 2024 juga bertempat di Dataran Chinta Wangsa,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/8/2024

- Advertisement -