Kampung Wai: Permata tersembunyi di Kuala Perlis

- Advertisement -

KAMPUNG Wai yang terletak di Kuala Perlis, di sini kini menjadi destinasi yang semakin popular dalam kaalngan pelancong, terutama bagi pencinta alam yang mencari pengalaman unik dan menakjubkan.

- Advertisement -

Kawasan ini menawarkan lanskap alam memukau dengan terusan binaan sepanjang 3 kilometer dan terowong menembusi bukit batu kapur, memberikan pengunjung satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Pengunjung boleh memilih untuk berkayak atau menaiki bot melalui Terowong Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh, yang merupakan sebahagian daripada terusan dibina sebagai penebat banjir.

Terowong sepanjang 765 meter ini bermula dari Empangan Timah Tasoh dan berakhir di Muara Kuala Perlis, menampilkan pemandangan yang mempesonakan di sepanjang perjalanan.

Bagi mereka yang berani, menelusuri bukit batu kapur berusia 500 tahun dan memasuki terowong gelap ini adalah satu pengalaman wajib dicuba.

Air terusan yang kehijauan dan panorama indah di sekeliling menjadikan perjalanan 45 minit pergi dan balik ini amat berbaloi.

Kampung Wai menawarkan suasana tenang yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Pengunjung disarankan untuk tidak melepaskan peluang mengunjungi destinasi ini jika berada di Perlis, kerana pengalaman di sini pastinya akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan. – HARAKAHDAILY 10/8/2024

- Advertisement -