
KUALA LUMPUR: “Semakin bahagia seorang isteri semakin lancar rezeki suami.”
Itu pesanan Pengerusi Lajnah Pembangunan Insan dan Keluarga Dewan Muslimat PAS Pusat, Asmak Husin mengenai impak dalam hubungan antara pasangan suami dan isteri.”
Beliau berkata, pasangan suami isteri perlu menghargai antara satu sama lain, walaupun sekecil mana kebaikan yang dibuat oleh suami ataupun isteri.
“Ini kerana menghargai pasangan tidak memerlukan kemewahan semata-mata.
“Tak perlu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Walaupun kecil kebaikan yang dibuat oleh pasangan, jangan lupa untuk menghargainya.

“Kaum wanita kadang-kadang dapat makan pun dah buat mereka gembira,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.
Beliau yang juga Pendakwah Wanita dan Keluarga berkata, sifat toleransi yang baik dalam sesuatu perkahwinan amat penting bagi memastikan kesejahteraan serta kebahagiaan rumah tangga itu berkekalan lama.
“Jadi, jangan pernah berkira dengan pasangan masing-masing.
“Ini kerana anak dan juga isteri merupakan ‘ladang pahala’ yang diberikan oleh Allah SWT bagi memudahkan golongan suami untuk memasuki ke syurga Allah,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/8/2024











