Jalan Gajah 23, Shah Alam ditutup 13 Ogos ini

Notis penutupan jalan sementara sebahagian Jalan Gajah 23, di Shah Alam bagi membaik pulih jalan 'inter locking' sedia ada pada 13 Ogos hingga 3 September 2024. (FOTO: Facebook @JKR Daerah Petaling)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS Selangor memaklumkan sebahagian Jalan Gajah 23, Shah Alam akan ditutup sementara pada 13 Ogos (Selasa) hingga 3 September (Selasa) bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ab Halim Tamuri berkata, notis penutupan jalan sementara ini bertujuan bagi pelaksanaan kerja-kerja membaikpulih jalan ‘interlocking’ yang sedia ada serta kerja-kerja yang berkaitan.

- Advertisement -

“Saya berharap agar penduduk dan pengguna jalan ini dapat bersabar demi keselesaan di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Paya Jaras turut berkongsi info dari laman Facebook, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Petaling memaklumkan bahawa penutupan jalan ini membabitkan sepanjang 240 meter yang mengakibatkan gangguan lalu lintas kepada pengguna jalan raya.

Ab Halim Tamuri

Oleh demikian, pihak JKR turut melampirkan pelan lokasi tapak projek tersebut dan laluan alternatif bagi memudahkan pengguna untuk merancang perjalanan dengan baik.

Justeru, pihak tersebut turut mengharapkan agar semua pengguna sentiasa mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan.

“Sila rancang perjalanan anda dengan baik. Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/8/2024

- Advertisement -