Perarakan calon PN dimulai solat hajat

Foto daripada Facebook SPR.
- Advertisement -

GUA MUSANG: Perarakan calon Perikatan Nasional (PN) pagi ini dimulakan solat hajat jam 7.45 pagi di surau di taman perumahan berhampiran jalan ke Kampung Kerinting.

- Advertisement -

Solat hajat diimamkan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Perarakan calon PN Mohd Rizwadi Ismail ke Dewan Perdana Kompleks Perdana Majlis Daerah Gua Musang dari surau ke tempat penamaan calon bermula jam 8.05 pagi.

Setakat ini lebih 1,000 penyokong PAS, Bersatu hadir mengiringi calon PN.

Pemimpin utama PN kelihatan hadir termasuk Naib Presiden Bersatu, Dato’ Dr Mohd Radzi Jidin, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Pengarah Operasi PRK Nenggiri Tan Sri Annuar Musa.

Calon PN mulai masuk 8.43 pagi ke dewan tempat penamaan caon dari tempat sekatan polis. – HARAKAHDAILY 3/8/2024

- Advertisement -