Kenyataan peribadi, bukan keputusan GERAKAN

- Advertisement -

BUKIT MERTAJAM: Tindakan Ketua Pemuda GERAKAN Johor, Teo Jin Wei yang mengisytiharkan putus hubungan bersama rakan kompenan Dewan Pemuda PAS Johor, adalah bersifat peribadi.

- Advertisement -

Setiausaha Pemuda GERAKAN Nasional, Andy Tan Hum Wei berkata, keputusan yang dibuat oleh Ketua Pemuda GERAKAN Johor itu tidak akan dijadikan agenda perbincangan di dalam mesyuarat peringkat negeri.

“Siasatan dalaman masih dijalankan. Kenyataan Pemuda GERAKAN Johor itu adalah pendangan peribadinya bukan keputusan GERAKAN Negeri itu,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, media melaporkan Teo Jin Wei mengisytiharkan putus hubungan dengan Dewan Pemuda PAS Negeri itu susulan isu sumbangan dana syarikat arak ke sekolah Cina.

Ketua Pemuda GERAKAN Johor itu dikatakan hanya akan menjalinkan kembali hubungan dengan sekutunya jika mereka memohon maaf kepada masyarakat Cina dan menarik balik kenyataan dalam isu tajaan syarikat arak di sekolah.

Berikutan itu kata Andy,  perkara yang melibatkan hal dalaman antara parti komponen patut diselesaikan secara dalaman dengan baik bukannya membuat pengisytiharan yang boleh memberi keuntungan kepada musuh politik.

“Beliau pun telah diberi surat tunjuk sebab dan perlu memberi keterangan berkenaan kenyataannya  agar perkara itu tidak akan berlaku lagi,” tegasnya lagi. – HARAKAHDAILY 1/8/2024

- Advertisement -