‘Berbaloi ke mesyuarat sehari CSSB, KHSB di Perth?’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Cadangan yang dibuat oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan anak syarikatnya, Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) bagi mengadakan mesyuarat lembaga pengarah di Perth, Australia selama sehari dilihat sebagai tidak berbaloi.

Pemerhati politik, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, anggaran kos bagi mesyuarat tersebut menelan belanja keseluruhan sehingga mencecah RM300,000.

- Advertisement -

“Berbaloi ke nak pergi mesyuarat sehari sahaja, dan dengar (Menteri Selangor) Amirudin Shari cakap pasal halatuju syarikat dengan kos sebanyak itu.

“Paling kelakar, mereka boleh jawab ini baru cadangan, belum ada kelulusan lembaga pengarah.

“Saya nak tanyalah, pertamanya macam mana boleh terfikir cadangan itu? 

“Rakyat sedang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barang yang meningkat. 

“Kamu boleh pula terfikir nak buat cadangan macam itu,” soal beliau dalam media sosial miliknya, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pengalamannya dalam dunia korporat menunjukkan kakitangan bawah tidak akan berani membuat ‘cadangan kertas kerja’ sekiranya tiada pengarahan dari pihak atasan.

Tambahnya, pihak atasan tidak akan memberi arahan membuat kertas kerja sekiranya tidak membuat semakan jadual Menteri Besar terlebih dahulu. 

“Apatah lagi dalam senarai lembaga pengarah ada Mohd Hidayat Mohd Sauffi yang juga merupakan Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor. 

“Takkan Menteri Besar tak tahu pasal cadangan ni? Kenapa Menteri Besar, tak halang? Itu saja lah yang saya tertanya-tanya. 

“Apapun kalau dah beli tiket dan tempah penginapan, takkan nak batal kan? Selamat ‘bermesyuarat’ buat 24 orang ahli rombongan. 

“Jangan lupa hantar poskad gambar kanggaru,” sindir beliau.

Menurutnya lagi, Ahli Lembaga Pengarah KHSB dan CSSB kebanyakannya merupakan orang politik dari Pakatan Harapan (PH) seperti, ADUN Bukit Gasing, Rajiv Risyakaran; Setiausaha politik Menteri Kementerian Dalam Negeri, Mohd Yahya Mat Sahri; CEO Menteri Besar Selangor (Incorporated) (MBI) dan Bekas Calon PKR, Ts. Saipolyaza Mat Yusop; Bekas Ahli Parlimen PKR, Dato Kamarul Baharin Abbas dan ADUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.

“Okay, pertamanya apa keperluan untuk dua syarikat milik kerajaan negeri ni nak pergi sampai Perth, Australia untuk mesyuarat lembaga pengarah dan nak dengar Amirudin Shari cakap pasal ‘Way forward KHSB and CSSB’?

“Di Selangor tak ada ke bilik mesyuarat yang sesuai ke sampai kena pergi ke Australia?

“Apa kesan kepada syarikat dengan idea tidak cerdik ini?” katanya. – HARAKAHDAILY 1/8/2024

- Advertisement -