Banyak pam tetapi tidak berfungsi musim kemarau

Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berpendapat bahawa projek pembinaan pam Kemubu 3 yang dipercayai mampu menyelesaikan masalah bekalan air ke sawah padi tidak berfungsi semasa musim kemarau.

- Advertisement -

Dominic berkata, walaupun projek pembinaan pam Kemubu 3 oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah banyak dibina tetapi tetap tidak mampu untuk menyelesaikan isu permasalahan itu kepada para petani.

“Apakah pandangan daripada kementerian untuk mengadakan tanaman yang tahan kemarau, atau adakah penyelidikan untuk spesies yang baru untuk padi yang boleh tahan kemarau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata kementeriannya melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengeluarkan benih padi baru.

Arthur berkata, benih tersebut mampu bertahan dan sesuai terhadap musim yang dialami kini yang mengakibatkan perubahan cuaca. – HARAKAHDAILY 31/7/2024

- Advertisement -