Anak muda akui Rizwadi dekat di hati rakyat

Mohd Rizwadi Ismail
- Advertisement -

GUA MUSANG: Anak-anak muda di DUN Nenggiri menyambut baik pemilihan bekas Pengelola Dakwah Halaqat Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) 17 Ogos ini.

- Advertisement -

Kata mereka Rizwadi sudah lama bergelumang bersama penduduk tempatan kerana beliau aktif sebagai pendakwah.

Mohd Rodzi Abdullah

Seorang pemuda Mohd Rodzi Abdullah, 42, beliau pernah bersama-sama Rizwadi ketika mengemudi jentera pemuda DUN Nenggiri sehingga menjelajah segenap ceruk kampung.

“Saya dahulu sebagai Timbalan Ketua Pemuda DUN Nenggiri dan Rizwadi pula ketua pemuda, dia dengan orang kampung memang sangat rapat.

“Jadi bila diumumkan Rizwadi sebagai calon PN semua penduduk tempatan merakam ucapan alhamdulillah dan bersyukur,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd Raihan Razak, 41, pula menyifatkan Rizwadi mudah didekati orang muda kerana pengalamannya sebagai ketua pemuda DUN.

Biarpun tidak mengenali calon dengan lebih dekat, namun katanya beliau menyambut baik pemimpin PN memilih calon wakil rakyat dari kalangan belia yang tinggal di DUN Nenggiri.

Mohd Raihan Razak

“Saya akan menggunakan peluang ramai kenalan untuk menarik seramai mungkin anak-anak muda di Nenggiri dan penyokong Umno supaya menyokong PN.

“Kita menggunakan wadah hiburan dikir barat yang disertsi 30 awak-awak,” katanya yang merupakan pengasas kumpulan dikir barat, Sri Warisan Kasturi.

Bagi Amirul Haziq Mohd Shaffien, 19, yang merupakan pengundi kali pertama pada PRK Nenggiri berkata, beliau lebih mengenali Rizwadi berbanding calon BN Mohd Azmawi Fikri.

Menurutnya juga harapan orang muda di sini sangat besar jadi supaya pengganti bekas ADUN Mohd Azizi Abu Naim digantikan oleh Rizwadi yang lebih berkelayakan.

Menurutnya, biarpun kedua-dua calon merupakan anak tempatan, namun pada pandangannya calon PN lebih dekat dengan hati rakyat selain disenangi penduduk tempatan. – HARAKAHDAILY 31/7/2024

- Advertisement -