Adakah Inisiatif Saraan Ibu Bapa, Sekolah berkesan?

Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Inisiatif Saraan Ibu Bapa dan Sekolah bukan sahaja untuk menjajarkan semula kurikulum pendidikan rendah agar penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris dapat dipertingkatkan.

- Advertisement -

Malah, inisiatif itu juga mampu menanam minat yang tinggi kepada pelajar terhadap bidang sains dan matematik.

Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, berkata inisiatif itu juga mampu untuk mengurangkan dan mengatasi masalah sosial di kalangan pelajar.

“Jadi, sejauh manakah inisiatif itu akan berkesan dan apakah cabaran yang telah dihadapi oleh Kementerian Pendidikan?” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata kementeriannya telah menukar inisiatif ini kepada konsep Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Swasta (PIBKS) kerana ia amat penting bagi memastikan matlamat dah hala tuju kementerian dapat dilaksanakan dengan lancar dan hanya bergantung kepada pihak sekolah.

Tingkatkan pendaratan ikan

Dr Dominic turut menyentuh Sistem Penentuan Kawasan Berpotensi bagi Penangkapan Ikan (FSI) telah memberi manfaat kepada 30,000 nelayan seluruh negara.  

Dalam soalan tambahan yang lain, beliau berkata sistem itu juga merupakan faktor yang menyumbang kepada peningkatan pendaratan ikan negara.  

“FSI atau teknologi penderiaan jauh telah membantu nelayan untuk mengenal pasti di mana kawasan yang mempunyai banyak ikan.

“Adakah usaha dengan menggunakan teknologi yang canggih itu akan meningkatkan kadar teknologi penderiaan jauh di sektor konservasi dan pemulihan seperti hidupan liar di kawasan hutan dan sebagainya?” katanya.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Dato’ Mohammad Yusof Apdal, berkata kementeriannya sentiasa berusaha untuk menggalakkan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta dalam pembangunan dan penerimagunaan aplikasi berteraskan teknologi angkasa. – HARAKAHDAILY 31/7/2024

- Advertisement -