YB Mansor dalam rawatan, lawatan dihadkan

- Advertisement -

SUNGAI PETANI: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Mejar (B) Mansor Zakaria kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

- Advertisement -

ADUN Kuala Ketil itu diarahkan berehat berikutan situasi kesihatannya ketika ini yang tiba-tiba merasa lesu badan dan mengalami pernafasan kencang semasa program Kuala Ketil Bersih, Baling Sejahtera di Kuala Ketil, kelmarin.

Pegawai Khas YB Mansor, Yusof Zakaria memaklumkan, buat sementara ini hanya ahli keluarga dan individu tertentu sahaja dibenarkan melawat, manakala orang ramai belum dibenarkan lagi.

Jelasnya, kawalan sementara itu berikutan memberi ruang dan masa kepada untuk mendapat rehat secukupnya bagi prosedur rawatan dan pemulihan kesihatan Mansor untuk kembali bertugas semula nanti.

“Waktu lawatan hanya dikhaskan kepada ahli keluarga dan individu tertentu sahaja buat sementara ini. Ini bagi memberi ruang kepada YB Mansor untuk rehat secukupnya.

“Ini memandangkan hari ini terlalu ramai yang datang melawat menyebabkan beliau tidak cukup rehat,” ujar Yusof, semalam memaklumkan Mansor dipercayai mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

Mansor sebelum itu sempat menyempurnakan gimik mengecat dinding dan huruf di hadapan bangunan Majlis Daerah Baling di mana sebelum majlis di pentas utama bermula, beliau mengadu merasa seolah-olah hendak pengsan.

Mansor kemudian dibawa oleh staf kesihatan di lokasi ke Pusat Kesihatan Kuala Ketil sebelum dikejarkan ke HSAH untuk pemeriksaan lanjut.

Justeru kata Yusof, sekira terdapat mana-mana Exco, ADUN ataupun pegawai tertentu yang ingin melawat Mansor, bokeh hubunginya ditalian 013-3771011 untuk mendapatkan giliran. – HARAKAHDAILY 29/7/2024

- Advertisement -