Penemuan tarantula earthtiger rekod baharu di Perlis

- Advertisement -

KANGAR: Seekor tarantula earthtiger atau Omothymus sp. telah ditemui di Taman Negeri Perlis oleh Raiandy Ramli, seorang jaguh tempatan di dalam bidang serangga dan labah-labah.

- Advertisement -

Penemuan itu merupakan sebahagian daripada Mini Scientific Expedition Perlis State Park yang dikendalikan oleh Perlis Nature Explorer (PNX) bersama Nakawan Explorers dan jaguh-jaguh tempatan Perlis.

Ekspedisi berlangsung selama dua hari, bermula dari 26 hingga 27 Julai kelmarin.

Pengerusi Persatuan Penjelajahan Alam Negeri Perlis (PNX), Syamil Abd Rahman mengesahkan bahawa ia adalah penemuan baharu bagi spesis tarantula di negeri Perlis.

“Spesies tersebut disahkan melalui rujukan kepada pakar labah-labah (arachnologist) dan mendapati tarantula earthtiger tersebut mungkin merupakan spesies yang sama dengan rekod baharu di selatan Thailand yang dikenali sebagai Omothymus sp. South Thailand.

“Penemuan ini sekali gus menjadi rekod baharu bagi Perlis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya lagi, spesies tersebut di selatan Thailand masih belum dihuraikan sepenuhnya untuk penentuan nama yang tersendiri. – HARAKAHDAILY 29/7/2024

- Advertisement -